Kursus Industrial Automations Control & Communications yang diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah Perak pada 28-31 Januari 2012 ini disertai oleh seramai 33 orang pelajar PSMZA. 14 orang daripada pelajar tersebut adalah wakil dari kelas ss, kursus tersebut banyak membantu kami terutama dalam bidang automation control.
Kelas yang dijadualkan sebanyak 3 sesi dalam satu hari iaitu bermula sesi pertama bermula dari awal pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi, sesi kedua dari 2.00 petang sehingga 5.00 petang dan sesi terakhir bermula dari 8.30 malam sehinggan 10 malam. selain menghadiri kelas di bilik kuliah kami berkesempatan melawat kilang memhasilkan kicap. kami dapat melihat bagaimana kicap di botolkan sehingga ke proses packing selain daripada melihat sendiri proses kicap dihasilkan.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar (En. Ahmad Shahrir bin Alias) khasnya yang banyak membantu kami dan banyak menyampaikan ilmu yang berguna. Semoga dengan ilmu yang diberikan kepada kami dapat kami gunakan ke arah yang bermanfaat dan Semoga kami dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. Doakan kami berjaya dunia & akhirat.amin...
Kenangan Kami...
Bersama En. Shahrir semasa berkuliah.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak.
Galeri Sultan Azlan Shah, Perak.
Kilang Kicap Kuala Kangsar, Perak.
Selamat Tinggal..:D
Read more...
~TQ Kerana Sudi Baca Entry! LIKE Kalau Suka, SHARE kalau Sangat suka!~