Jam skrg menunjukkan 11.22 p.m, spt biasa ss masih belum dpt melelapkan mata lg...ok, entry pada mlm yg sunyi-sepi dan tenang ini ss nk kongsikan cerita...eh, bkn cerita tapi cerita pendek..ha2...ok, sblm korang saksikan video nie ss nk bgtau dlu sedikit sbnyk tntg video nie..
1st : Bukan ss yg hasilkan video nie.
2nd : Video nie sebagai perkongsian antara ss dgn korang.
3rd : ss dpt video nie dari seorang adik kpd kwn ss..adik die sebaya dgn ss n skrg study at Mesir.
4th: mengisahkan +-tntg persahabatan, ukhuwah, amanah, kesabaran, dll.
JOM TGK...just 11 minit 49 saat
[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Ali-Imran:3:133-136
4 comments:
best!!!
teringat nani ngn syida..
ha3...hom, tringat kwn2 lame..kn3?
bru tngk vid ni.. best2.. bnyk pengajaran
buang yg keruh, ambil yg jernih...xleh amik blake gop..he2
Post a Comment