Tok Wan sedang membaca surat khabar selepas menikmati makanan kegemarannya.
Lebih menarik, Tok Wan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan melainkan pendengarannya yang kurang jelas.
Bekas guru Sekolah Kebangsaan Baling ini juga seorang yang aktif dan masih mampu mengayuh basikal ke pekan untuk menikmati makanan kegemarannya iaitu roti canai.
Namun, begitu, berikutan Tok Wan pernah terjatuh ketika berada di sebuah restoran di pekan Baling, ahli keluarganya bertegas agar Tok Wan hanya berada di rumah.
Ayah kepada lapan anak ini mempunyai 32 cucu, 22 cicit dan enam orang piot.
Tanpa berahsia, ditanya petuanya yang sehingga kini mampu menjaga kesihatan, Tok Wan berkata, antara amalan yang dilakukannya adalah hanya menggunakan 40 cebok semasa mandi.
“Memang dari dulu, itulah amalan saya disamping sentiasa berdoa setiap kali melakukan apa sahaja perkara.
“Bukan sahaja mandi di bilik air. Kalau saya mandi sungai sekalipun, saya akan terjun ke sungai sebanyak 40 kali,” kata Tok Wan kepada Sinar Harian.
Menurutnya, antara doa yang diamalkannya adalah hanya meminta keselamatan dan kesihatannya terjaga.
Katanya, bukan susah amalan dilakukan kerana apa sahaja perkara dilakukan kita harus berdoa.
“Mintalah disejahterakan hidup kita ataupun sebagainya. Namun, ajal maut itu semuanya terletak pada tuhan.
“Selagi kita masih bertenaga jangan sesekali meninggalkan kewajipan kita terutamanya solat,” katanya.
Tok Wan berkata, mengenai makanan pula, dia tidak mengambil yang terlalu masin dan manis kerana sejak dulu dia cukup sensitif dengan makanan sedemikian dan bersyukur kesihatan masih baik.
Anaknya, Siti Safur Abdullah,50, berkata, selepas solat Subuh, ayahnya akan bersenam di luar rumah sebelum mengayuh basikal ke pekan Baling membeli akhbar dan menikmati roti canai.
“Memang itulah rutin hariannya, Namun, selepas ayah terjatuh di pekan Baling, kami (anak-anak) tidak membenarkan ayah mengayuh basikal lagi untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
“Walaupun begitu, ayah memang tidak boleh dipisahkan dengan roti canai. Jadi, setiap kali kami akan beli roti canai untuk ayah dan dia boleh habiskan empat keping roti canai sekali makan,” katanya.
3 comments:
pnjg umur tok ni ..
assalamualikum steady...alhamdullilah panjang umur tok Wan ni yer...mudah2an dpt bertemu lg di tahun hadapan...InsyaAllah....:)
p/s jom ke blog mama, mama ada n3 buat steady....:)
http://maszull.blogspot.com/2011/12/follower-mama-yang-ke-1111.html
w'salam...thanks to Tok wan...
Post a Comment